Elegant Rose - Double Heart -->

Rabu, 3 April 2019

PENGGUNAAN STARCH PADA TUDUNG

Tidak semua starch sesuai digunakan untuk semua jenis tudung. Hal ini kerana, kebanyakan starch yang dijual meninggalkan kesan putih pada tudung. Bukan itu sahaja, starch juga akan meninggalkan kesan berminyak yang sukar hilang kepada tudung.

Jadi,
Bagaimana nak menggunakan starch?

Pemilihan starch sangat penting bagi penggemar tudung.

Personally, saya sangat reccomend safiyya hijab spray sebagai penggunaan starch harian anda kerana ianya waterbased tidak berminyak dan tidak meninggalkan kesan putih pada tudung

TUTORIAL TUDUNG BAWAL (TREND KINI)


Isnin, 25 Mac 2019

Pemakaian tudung mengikut syariat islam

Setiap umat Islam wajib menutup aurat berlandaskan syariat Islam. Aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga ke paras lutut manakala untuk perempuan adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

Kita sering digembar-gemburkan dengan cara penggayaan tudung yang salah, tidak mengikut tuntutan syariat dan juga penjualan tudungyang terlalu mengikut trend sehingga terlupa  akan batas-batas dalam bertudung. Pemakaian tudung mengikut trend terkini tidak salah selagi ia berlandaskan syarak.

Kaum wanita dan juga para suami perlu mengetahui caracara dalam menutup aurat bagi mengelakkan kaum wanita melanggar batas syariat yang ditetapkan. Selain menuntut perintah Allah dalam menutup aurat, ia juga untuk memelihara daripada diganggu dan difitnah.

Penjualan tudung bukan sahaja untuk memperoleh keuntungan tetapi untuk memperoleh pahala yang berlipat ganda. Reka bentuk tudung juga tidak seharusnya keterlaluan sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki dan menaikkan syahwat.

Ahad, 24 Mac 2019

Pemilihan Warna Tudung (mengikut rona kulit)

Hai assalamualaikum semua !

Harini niesa nak share dengan korang semua macam mana nak pilih warna tudung ikut kesesuaian warna kulit haaa, nak tahu tak !!!!!

KULIT PUTIH ;

Untuk korang yang berkulit putih biasanya korang sesuai dipadankan dengan kebanyakan warna. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yg paling sesuai untk korang adalah warna-warna solid seperti merah, hijau & hitam.

KULIT KUNING LANGSAT ;


Untuk korang yg berkulit kuning langsat, korang sesuai mengayakan warna-warna cerah seperti kuning ataupun biru cair. Hal ini kerana warna tersebut menambahkan seri wajah korang dan menyebabkan kulit anda segar sekali gus menyebakan kecantikan korang.

KULIT SAWO MATANG ;


Untuk korang yang berkulit sawa matang, pemilihan warna pastel & warna gelap merupakan pilihan yg terbaik kerana akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Sebagai contoh memilih warna pink belacan dan biru gelap dapat meyerlahkan kulit korang.

KULIT GELAP ;

Wanita berkulit gelap adalah bukan tidak cantik tapi jika korang bijak memilih padanan warna yg sesuai bakal menyerlahkan lagi tona kulit korang seperti warna pastel. 

Cara Penjagaan Tudung (bawal / shawl)



                                    Image result for tudung bawal



Hai assalamualaikum semua !

Harini niesa nak share dengan korang semua tips penjagaan tudung dimana ramai wanita mengambil mudah perihal tudung ini. 

{TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL}
1. Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
2. Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut.
3. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
4. Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.
5. Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
6. Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
7 Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
8. Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.

Get to know @niesasscarf_




 Hai, assalamualaikum semua! Hari ini bersamaan dengan 5/3/2019, Selasa saya selaku pengasas @niesasscarf_ ingin berkongsi dengan anda semua apa yang terdapat di @niesasscarf_.

Dengan lafaz bismillah saya akan memperkenalkan diri saya dahulu. Saya, Nur Anniesa binti Azhar, pelajar tahun dua di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan mengambil jurusan Pengajian Peniagaan. Saya telah menubuhkan @niesasscarf_ kerana pada sem ini saya mengambil subjek Digital Entrepreneurship di mana memerlukan saya untuk berniaga secara online dan dengan itu saya memilih nama @niesasscarf_ bersempena dengan nama saya sendiri. 

Dengan nama yang terpapar, sudah pasti anda semua tahu bahawa saya menjual tudung dan juga aksesori pemakaian tudung. Antaranya ialah ;

  • Tudung bawal cotton voile bidang '45 
  • Tudung bawal soft cotton bidang '45
  • Tudung bawal cotton bidang '45
  • Shawl Arabic Crumple (wideshawl)
  • Shawl Arabic Pleated (wideshawl)
  • Baby brooch 
  • Inner Snowcap
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di :

  
              011 3646 0304

 
           
            @niesasscarf_

PENGGUNAAN STARCH PADA TUDUNG

Tidak semua starch sesuai digunakan untuk semua jenis tudung. Hal ini kerana, kebanyakan starch yang dijual meninggalkan kesan putih pada tu...