Elegant Rose - Double Heart -->

Isnin, 25 Mac 2019

Pemakaian tudung mengikut syariat islam

Setiap umat Islam wajib menutup aurat berlandaskan syariat Islam. Aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga ke paras lutut manakala untuk perempuan adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

Kita sering digembar-gemburkan dengan cara penggayaan tudung yang salah, tidak mengikut tuntutan syariat dan juga penjualan tudungyang terlalu mengikut trend sehingga terlupa  akan batas-batas dalam bertudung. Pemakaian tudung mengikut trend terkini tidak salah selagi ia berlandaskan syarak.

Kaum wanita dan juga para suami perlu mengetahui caracara dalam menutup aurat bagi mengelakkan kaum wanita melanggar batas syariat yang ditetapkan. Selain menuntut perintah Allah dalam menutup aurat, ia juga untuk memelihara daripada diganggu dan difitnah.

Penjualan tudung bukan sahaja untuk memperoleh keuntungan tetapi untuk memperoleh pahala yang berlipat ganda. Reka bentuk tudung juga tidak seharusnya keterlaluan sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki dan menaikkan syahwat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGGUNAAN STARCH PADA TUDUNG

Tidak semua starch sesuai digunakan untuk semua jenis tudung. Hal ini kerana, kebanyakan starch yang dijual meninggalkan kesan putih pada tu...