Elegant Rose - Double Heart -->

Ahad, 24 Mac 2019

Cara Penjagaan Tudung (bawal / shawl)



                                    Image result for tudung bawal



Hai assalamualaikum semua !

Harini niesa nak share dengan korang semua tips penjagaan tudung dimana ramai wanita mengambil mudah perihal tudung ini. 

{TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL}
1. Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
2. Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut.
3. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
4. Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.
5. Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
6. Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
7 Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
8. Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGGUNAAN STARCH PADA TUDUNG

Tidak semua starch sesuai digunakan untuk semua jenis tudung. Hal ini kerana, kebanyakan starch yang dijual meninggalkan kesan putih pada tu...